AZAM DINAMIK SURVEY

AZAM DINAMIK SURVEY

Tuesday, May 22, 2012

KERJA-KERJA LUAR (travelling)

proses membuat ORIGIN (SS) di mukah, sarawak

setting out jalan ULU PANDAN FASA 1 ULU SEBAUH, BINTULU.

PLAN JALAN ULU PANDAN

PEJURIN

kenderaan pacuan 4 roda untuk kegunaan site

plan PIPE LINE AT KAPIT

membuat kerja-kerja topografi di bandar MIRI dengan alar  GPS TOPCON HYPER

motocross yang digunakan untuk ke SITE.

TOPOGRAFI untuk tujuan propose KILANG di LOT 4450

MASA REHAT OLEH PEKERJA AZAM DINAMIK

                                             keja-kerja topo

Monday, May 21, 2012

PEJABAT AZAM DINAMIK

Ruangan untuk pelukis pelan

topo map

Laptop 15" sony vaio

WIRELESS PRINTER

staff sedang sibuk menyiapkan kerja masing-masing

meja BOSS

TOPO MAP

HP DESIGN JET 100+

BOSS yang prihatin kepada staff-staff, bekerja bersama-sama

PC untuk diguna pakai untuk lukis Pelan

ruangan pejabat

ruangan pejabat

meja GM ( abg BAH )

kerani azam dinamik

kemudahan dapur untuk semua staf azam dinamik

MY BIG BOSS ( MR. ISMADI )

ruang tetamu

About





AZAM DINAMIK SURVEY telah ditubuhkan pada 1 april 2010. Dan ianya di pengerusi kan oleh En. Ismady bin Wahap iaitu anak jati kelahiran daripada Betong, kg Spaoh. Beliau merupakan graduasi yg cemerlang dari UITM dalam jurusan SAINS GEOMATIK. Setelah menimba pengalaman berkerja lebih kurang 10 tahun beliau telah menubukan firma ini iaitu AZAM DINAMIK SUTVEY dengan kerjasasama rakan kongsinya yg cukup berpengalaman iaitu Mohd Nizam.


AZAM DINAMIK adalah sebuah organisasi perunding swasta dalam bidang ukur yang berupaya memberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan. Firma ini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dan terkini bagi melicinkan kerja pengukuran dilapangan mahu pun di pejabat. Dengan peralatan yang mencukupi serta kakitangan yang berpengalaman luas, beribawa dan dedikasi, kami bersedia menerima sebarang tawaran kerja dalam skop perkhidmatan kami dan akan melaksanakannya mengikut etika profesionalisma yang ditetapkan Selaras dengan perkembangan pembangunan negara yang menyeluruh di setiap negeri sekarang.


Objektif

Perkhidmatan kami adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan orang perseorangan dalam memaksimakan penggunaan tanah bagi tujuan pemabangunan semula untuk perumahan, perindustrian, pertanian, perlombongan dan sebagainya bersesuaian dengan kategori tanah tersebut.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Kadaster

Ukuran berkaitan aktiviti pengeluaran suratan hakmilik tanah seperti Geran Mukim, Geran Negeri, Pajakan Mukim Negeri dan sebagainya untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman untuk tanah-tanah milik perseorangan, projek perumahan, kawasan perindustrian, agensi kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti ini juga meliputi kerja-kerja ukuran berimilik tanah kerajaan (First Alienation), ukuran kawasan untuk tujuan perindustrian, perumahan, perlombongan dan pertanian serta ukuran kawasan untuk tujuan pewartaan (Gazett)

Hakmilik Strata

Aktiviti pengukuran khusus untuk pengeluaran suratan hakmilik bangunan atau petak-petak bangunan dan eksesori rumah kediaman dan perniagaan bertingkat kepada pemilik individu, syarikat atau pemaju perumahan atau agensi perumahan kerajaan.

Topografi

Perkhidmatan ukuran bertujuan untuk mendapatkan gambaran bentuk rupabumi bagi sesuatu kawasan dalam bentuk kontor atau ‘spot level’ serta maklumat terkini butiran seperti kedudukan bangunan, jalan, sungai, parit, longkang dan sebagainya. Kepentingan ukuran ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembangunan tanah atau pembinaan seperti mengira kuantiti tanah untuk tujuan ‘cut’ and ‘fill’ dan sebagainya.

Kejuruteraan

Aktiviti pengukuran untuk menentukan kedudukan bagi kerja-kerja kejuruteraan merangkumi ukuran laluan paip baru atau sedia ada laluan ‘transmission line’ baru atau yang sedia ada, pembinaan lebuhraya, jambatan, empangan, tangki air dan sebagainya. Juga melibatkan pengukuran ‘setting-out’ untuk menentukan kedudukan bangunan yang akan dibina termasuk ‘piling point’ dan ‘as-built’.

‘Hidrografi dan Oceanic’

Pengukuran untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan laut atau sungai seperti topografi dasar laut, kedalaman dan kemasinan air, kedudukan sesuatu objek, pengeluaran ‘chart’ untuk kegunaan perkapalan dan maritim, pencarian sumber gas asli, laluan kabel dan paip air, jadual pasang surut air laut dan untuk pembinaan dan memperdalamkan kawasan pelabuhan.

‘Photogrammetric and Remote Sensing’

Aktiviti pengukuran gambar foto udara yang dapat memberi maklumat yang sebenar dan jelas dengan bentuk muka bumi dan ketinggiannya bagi kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Pengukuran ‘Remote Sensing’ digunakan untuk mengetahui keadaan dalaman bawah tanah dengan menggunakan teknologi satelit dan komputer. Ia bertujuan untuk menerbitkan maklumat dalam bentuk peta bagi kegunaan penyelidikan bagi aktiviti perikanan, pertanian (pengurusan sumber), perlombongan, pemeliharaan alam sekitar, perancangan strategik dan sebagainya.

‘Global Positioning System’

Pengukuran yang menggunakan kecanggihan teknologi satelit untuk menentukan kedudukan sesuatu objek secara kordinat berserta ketinggiannya (x,y,z). Penggunaan kaedah ini boleh dilakukan dalam sebarang keadaan cuaca. Kaedah ini digunakan dalam bidang perhutanan, aktiviti perlombongan, kadaster, pengangkutan dan sebagainya.

‘Monitoring Surveying’

Kaedah pengukuran bagi menentukan dan mengetahui perubahan kedudukan sesuatu objek daripada kedudukan asalnya (perubahan arah relatif X dan Y) seperti bangunan bertingkat, menara, empangan, lebuhraya, jambatan dan sebagainya. Ianya dilakukan dari masa ke semasa dalam jangka waktu yang ditetapkan (bulanan atau tahunan) untuk mengetahui perbezaan kedudukannya. Makalumat yang diperolehi adalah penting untuk tindakan membaikpulih atau sebagai amaran keselamatan.